pahang juara piala malaysia 2013 : pahang 1-0 kelantan

PAHANG menamatkan penantian 21 tahun menjulang Piala Malaysia apabila bergelar juara selepas menewaskan Kelantan 1-0 dalam perlawanan akhir di Stadium Shah Alam, malam tadi.

Jaringan tunggal penyerang import Tok Gajah, Matias Ruben Conti minit – 58 yang bijak menyambar hantaran lintang dari Azamuddin Akil di sebelah kiri gawang Kelantan sudah cukup memastikan kemenangan mutlak Pahang.

Beraksi dalam keadaan padang basah kedua-dua pasukan dilihat mempamerkan corak permainan berhati-hati dengan lebih banyak melakukan gerakan melalui hantaran jauh.

Video Pahang 1-0 Kelantan Final Piala Malaysia 2013


Video Final Piala Malaysia 2013: Kelantan vs Pahang [1-0]




coded by nessus

Leave a Reply