Bobby Gonzales

Number10
NameBobby Gonzales
BirthdayJanuary 15, 1984
Age35
SeasonPM 2012
TeamOn Loan
PositionPenyerang
Appearances1
Goals1
Assists0
Hometown

Profile

Sabah telah bersetuju untuk meminjamkan penyerang mereka, Bobby Gonzalez kepada Sarawak untuk saingan Piala Malaysia.

Bobby pilihan terbaik untuk Sarawak dimana dia pernah menjaringkan 16 gol dalam 21 perlawanan bersama Sarawak pada 2001 yang turut membantu mereka naik ke Liga Super Malaysia 2012.

Bobby ternyata gembira untuk kembali ke Sarawak dan akui sukar untuk meninggalkan Satdium Negeri tahun lepas.

“Saya terpaksa kembali ke Sabah kerana keluarga memerlukan saya di sana,” katanya.

Dia juga telah meminta maaf kepada penyokong Sarawak semasa meninggalkan mereka tahun lepas. Dia kini berharap dapat beraksi dengan baik dalam Piala Malaysia dan bantu Sarawak.

Apabila ditanya jika dia akan terus kekal di Sarawak, Bobby enggan mengulas lanjut tetapi akui jika boleh, dia mahu kekal di Sarawak.

“Kita harus tunggu sehingga Piala Malaysia tamat. Kontrak saya bersama Sarawak kini hanya tiga bulan,” katanya lagi.

Presiden Sarawak FA, Datuk Sudarsono Osman ketika dihubungi mendedahkan bahawa sebarang keputusan untuk mendapatkan Bobby secara tetap adalah bergantung kepada persembahannya dalam Piala Malaysia.