ATM vs Kelantan

vs
October 20, 2012
Score: 2 - 3

Match Report

Kelantan vs ATM FINAL Piala Malaysia 2012
Grafik: Muhd Adlan Photography @ Arthelance

FINAL Piala Malaysia 2012 - ATM vs Kelantan
FINAL Piala Malaysia 2012: ATM vs Kelantan

Video gol ketiga Kelantan jaringan Indra Putra Mahayuddin | Kelantan 3-2 ATM

Kelantan Juara Piala Malaysia 2012

FULL TIME: Kelantan 3 ATM 2

m-124: Tamat perlawanan. Kelantan muncul Juara Piala Malaysia 2012, sekaligus melengkapkan gelaran treble musim 2012 selepas turut muncul Juara Liga Super dan Piala FA.

m-123: Mat Yo cedera dan dikeluarkan. Tandukan Bruno hampir-hampir masuk ke gawang Kelantan.

m-120: Bruno melepas peluang untuk menyamakan kedudukan. Empat minit masa tambahan.

m-119: Tendangan percuma terus kepada Apek.

m-110: Bruno dilayang kad kuning.

m-109: Tendangan percuma untuk ATM.

m-107: Daudsu cedera.

m-105: Tendangan gol untuk Kelantan dan tamat separuh masa pertama Extra Time.

m-103: Mafry menjatuhkan Hairuddin.

m-98: Marlon ofsaid. Gol dibatalkan.

m-96: GOLLLL.. Indra Putra Mahayuddin menjaringkan gol menakjubkan dalam kotak penalti selepas menerima hantaran dari Mohd Badhri Radzi. ATM 2 Kelantan 3.

Video: 2 Gol pantas awal separuh masa kedua

***** Tamat 90 minit perlawanan. Tambahan masa 30 minit. *****

m-92: Hairuddin Omar dilayang kad kuning. Free kick untuk Kelantan, namun rembatan Indra Putra tersasar. Tamat masa sebenar. Kedua-dua pasukan telah memberikan persembahan yang menepati status perlawanan akhir Piala Malaysia.

m-90: Tambahan masa 3 minit.

m-88: Nik Shahrul Azim mengekang gerakan solo Venice Elphi.

m-86: Kedua-dua pasukan memperlahankan rentak perlawanan.

m-85: Tendangan gol untuk Kelantan.

m-83: Mafry Balang masuk menggantikan Afiq Azmi.

m-82: ATM dan Kelantan berbalas serangan.

m-80: Marlon ofsaid.

m-78: Gerakan Venice Elphi berjaya dipatahkan pertahanan Kelantan.

m-77: Indra Putra menyepak bola tinggi melepasi gawang gol ATM.

m-76: Tendangan percuma untuk Kelantan. Afiq dipersalahkan.

m-73: Venice Elphi membuat percubaan solo.

m-72: Marlon mendapat peluang namun berjaya dihalang pertahanan Kelantan. Sepakan sudut untuk ATM.

m-70: Mohd Daudsu dan Nwaneri mengadu kesakitan.

m-69: ATM mendapat peluang, namun tendangan Venice Elphi berjaya diselamatkan Apek.

m-68: Percubaan Rezal Zambri tinggi melewati palang gol.

m-66: Obinna menyelamatkan kedudukan bahaya dalam kotak penalti Kelantan.

m-65: Permainan berlegar di kawasan tengah.

m-63: Perlawanan kian sengit dan mendebarkan.

m-62: GOLLLL. Marlon Alex James menanduk masuk ke gawang Kelantan. ATM 2 Kelantan 2.

m-61: Shakir Saari dilayang kad kuning. Sepakan percuma untuk ATM.

m-60: Fitri Omar dan Venice Elphi dimasukkan.

m-58: Tandukan Afiq dihadang Aidil.

Gol pertama Kelantan jaringan Norshahrul Idlan Talaha minit ke-44

m-57: Sepakan percuma Piya ditumbuk keluar oleh Farizal.

m-56: Perlawanan terhenti seketika. Pancaran laser.

m-56: Kelantan membuat counter attack. Afiq Azmi dijatuhkan di sebelah kanan pintu gol ATM.

m-55: Obinna Nwaneri menghalang percubaan Zaquan. Sepakan percuma untuk ATM.

m-53: Kedua pasukan bergilir-gilir membuat serangan.

m-52: Sepakan tinggi Zaquan terus ke dakapan Khairul Fahmi.

m-51: Permainan mula rancak.

m-50: GOLLLL. Gol kedua Norshahrul untuk jaringan kedua Kelantan. ATM 1 Kelantan 2.

m-49: GOLLLL.. Rezal Zambri Yahya menyama kedudukan. ATM 1 Kelantan 1.

m-48: ATM mendapat dua sepakan percuma berturut-turut.

m-47: Rizal Fahmi Rosid dibawa masuk menggantikan Subramaniam.

m-46: Separuh masa kedua bermula. S Subramaniam mengalami kecederaan, dia memberi isyarat minta dikeluarkan. Situasi yang rumit buat Kelantan.

1st Half: ATM 0-1 Kelantan

**** Tamat masa pertama ****

m-45: Dua minit masa tambahan.

m-44: GOLLLL.. Gerakan 1-2 antara Piya dan Norshahrul Idlan Talaha, akhirnya rembatan Mat Yo gagal diselamatkan oleh Farizal Harun. Kelantan 1 ATM 0.

m-42: Percubaan jarak jauh Shakir Shaari tersasar.

m-40: Kelantan membuat serangan bertubi-tubi. Sudah enam percubaan ke arah pintu gol ATM namun gagal menemui sasaran.

m-39: Indra ditarik Jayaselan. Lagi sepakan percuma untuk Kelantan. Diselamatkan benteng ATM seterusnya tendangan sudut untuk Kelantan. Tandukan Afiq tidak menepati sasaran.

m-38: Mat Yo dijatuhkan oleh K Reuben. Sepakan percuma untuk Kelantan. Tendangan kencang Indra muntah dari dakapan Farizal.

m-37: Tendangan percuma diambil Rezal Zambri tepat kepada Khairul Fahmi.

m-36: Rezal Zambri mengambil sepakan percuma, terus ke dakapan Khairul Fahmi.

m-35: Nik Shahrul Azim menerjah Amirizwan Taj. Kad kuning untuk Nik Shahrul Azim.

m-35: Tendangan sudut kedua. Dikeluarkan Nik Shahrul Azim.

m-34: Tendangan sudut untuk ATM. Nwaneri menyelamat keadaan. Sepakan penjuru seterusnya untuk ATM.

m-33: Norshahrul membuat percubaan lemah, terus ke arah Farizal.

m-32: K Reuben menolak Mat Yo. Sepakan percuma diberikan kepada Kelantan.

m-31: Piya membuat percubaan jarak jauh. Diselamatkan Farizal.

m-28: Kelantan mendapat tendangan sudut.

m-26: Hairuddin melepas peluang dalam kotak penalti.

m-24: Obinna Nwaneri dilayang kad kuning.

m-22: Kelam kabut dalam kotak penalti ATM. Kelantan terlepas peluang keemasan.

m-20: Kedudukan kekal 0-0.

m-17: ATM mendapat free kick. Tandukan Amirizwan Taj tidak menepati sasaran.

m-15: Percubaan Norshahrul dari sebelah kanan gol ATM berjaya ditepis Farizal Harun.

m-14: Sepakan Hairuddin dalam kotak penalti tinggi melepasi palang gol Kelantan.

m-13: Norshahrul melepaskan peluang dalam kotak penalti. Sepakan Mat Yo tersasar.

m-11: Piya free kick. Sepakan gol untuk ATM.

m-6: Tandukan Afiq berjaya ditepis Farizal Harun.

m-5: Norshahrul Idlan Ofsaid.

m-4: Tandukan Hai-O berjaya diselamatkan Khairul Fahmi. Hai-O ofsaid

FINAL Piala Malaysia 2012: Siapa berhak juara?

BENAR kata orang, bola itu bulat dan apa jua keputusan boleh berlaku dalam bola sepak.Malam ini, Stadium Shah Alam bakal menjadi saksi kemampuan di antara dua pasukan terhebat musim ini iaitu Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan juga Kelantan.

Kedua-dua pasukan bakal membuat perhitungan terakhir dalam saingan musim ini bagi membuktikan siapa sebenarnya yang berhak muncul juara dalam pentas final Piala Malaysia 2012.

Atas kertas, kekuatan kedua-dua pasukan dilihat cukup seimbang dan hanya pasukan terbaik sahaja mampu muncul juara kali ini, sekali gus melunaskan misi peribadi masing-masing.

Sedar atau tidak, mungkin ramai juga yang tidak sedar bahawa ini merupakan kali kedua pentas final Piala Malaysia mempertemukan juara Liga Super dan Liga Premier sejak saingan Liga Super diperkenalkan pada 2004.

Ketika final Piala Malaysia 2005, Selangor (juara Liga Premier) berjaya menjinakkan Perlis (juara Liga Super) 3-0 hasil jaringan hatrik penyerang import, Bambang Pamungkas sekali gus menggondol gelaran trebel pada tahun yang sama selepas turut mendakap trofi Piala FA sebelum itu.

Justeru, pasukan mana yang berhak muncul juara malam ini, sama-sama kita tunggu dan lihat.

Ramalan Jurulatih:

Mohd Azraai Khor Abdullah: ATM 2-0 Kelantan

Wan Jamak Wan Hassan: Kelantan 2-0 ATM

M Karathu: Kelantan 2-1 ATM

Home

2. K Reuben
7. Aidil Zafuan Radzak
8. Zaquan Adha RadzakYellow Card
9. Marlon Alex JamesGoalYellow Card
10. Bruno MartelottoYellow Card
14. Mohd Azmi Muslim
19. D Christie Jayaselan
20. Hairuddin OmarYellow Card
22. Mohd Farizal Harun
23. Rezal Zambery YahyaGoal
24. Amirizwan Taj Tajuddin
Subs
1. Mohamad Hafizuddin Azuhar
4. Suhhaimi Ishak
5. A VaranthanYellow CardSub2
11. Yusaini Hafiz Chee Saad
17. Venice Elphi DannykayaSub19
18. Mohd Fitri OmarYellow CardSub14

Away

3. S Subramaniam
4. Obinna NwaneriYellow Card
5. Nik Shahrul AzimYellow Card
8. Mohd Shakir ShaariYellow Card
9. Norshahrul Idlan TalahaGoalGoal
12. Nurul Azwan Roya
13. Indra Putra MahayuddinGoal
15. Mohd Daudsu Jamaluddin
16. Mohd Badri Mohd Radzi
19. Khairul Fahmi Che Mat
35. Mohd Afiq Azmi
Subs
1. Shahrizan Ismail
7. Mohd Ramzul Zahini Adnan
17. Rizal Fahmi RosidYellow CardSub3
24. Zairul Fitree Ishak
33. Mohd Aslam NajmudeenSub15
34. Mafry BalangSub35