Kelantan vs Selangor

vs
October 6, 2012
Score: 1 - 0

Match Report

Kelantan vs Selangor - Separuh Akhir Piala Malaysia 2012

Keputusan terkini:

[1 – 0] m-61: Norfarhan Mohamad

STADIUM Sultan Muhammad IV di Kota Bahru dianggap gelanggang keramat buat Kelantan.

Ini kerana stadium yang mempunyai kapasiti 30,000 tempat duduk itu sentiasa menjadi igauan kepada pasukan pelawat.

Sebagai rekod, kali terakhir Kelantan tumbang di gelanggang sendiri ialah ketika tewas 1-2 kepada T-Team pada aksi Liga Super, musim lalu.

Malam ini, Kelantan akan melayan kunjungan Selangor bagi menghadapi aksi separuh akhir pertama Piala Malaysia.

Atas kertas, Kelantan masih lagi dilihat memiliki kelebihan berdasarkan kepada rekod cemerlang skuad The Red Warriors itu apabila beraksi di gelanggang sendiri.

Kehadiran ribuan penyokong fanatik Kelantan pastinya menghadirkan rasa gerun buat Sang Gergasi Merah yang berazam mencalarkan reputasi cemerlang The Red Warriors.

Menyedari anak-anak buahnya bakal menghadapi ranjau berliku malam ini, jurulatih Selangor, Irfan Bakti Abu Salim tidak mahu Gergasi Merah beraksi dalam keadaan tertekan sehingga mengundang padah buat mereka.

“Kami mahu bermain secara enjoy. Kita semua sudah tahu bahawa Kelantan cukup kebal beraksi di Stadium Sultan Muhammad IV tetapi kami sudah bersiap sedia menghadapi setiap cabaran yang mendatang.

“Saya tidak mahu mempedulikan apa yang berlaku di luar padang kerana fokus kami adalah 11 pemain sahaja.

“Ada 180 minit untuk perlawanan ini (separuh akhir). Jadi kami mahu peluang 90 minit pertama dengan sebaik mungkin untuk merobek gawang Kelantan.

“Ia amat penting sebagai bekalan terbaik sebelum kami beraksi di Stadium Shah Alam pada 12 Oktober ini (bagi aksi separuh akhir kedua).

“Paling mustahak, saya mahu pemain-pemain mengekalkan prestasi terbaik mereka selepas beraksi cemerlang sepanjang kempen Piala Malaysia sebelum ini,” kata Irfan kepada Kosmo! semalam.

Dalam masa yang sama, Irfan menegaskan bahawa barisan pemainnya terutama benteng pertahanan harus memberikan tumpuan dan lebih berdisiplin bagi mengekang asakan Kelantan.

“Ketenangan paling mustahak tetapi kami juga tidak boleh terlalu santai.

“Sikap agresif itu harus ada dan seperti yang saya katakan tadi, kami sudah bersedia dari segi fizikal dan mental bagi menghadapi Kelantan,” katanya.

Kelantan vs Selangor - Separuh Akhir Piala Malaysia 2012

JUARA 32 kali, Selangor tidak mahu mengambil mudah pertemuan menentang Kelantan dalam saingan separuh akhir pertama Piala Malaysia di Stadium Sultan Muhammad IV, malam ini.

Sebaliknya, pemain Merah Kuning digesa menganggap perlawanan itu ibarat kalah mati dalam usaha merangkul kejuaraan bola sepak paling berprestij negara.

Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS), Datuk Hamidin Amin berkata, semua pemain Selangor perlu mempamerkan persembahan jauh lebih baik daripada perlawanan suku akhir serta cuba untuk mendapatkan kemenangan ketika berkunjung gelanggang lawan nanti.

“Saya nasihatkan pasukan jangan nak berkelah (makan angin) di Kota Bharu. Pemain perlu pantas dan jangan leka kerana padah pasti mengundang.

“Kita mahu mereka memberikan komitmen 200 peratus dalam saingan Piala Malaysia ini serta jangan anggap mudah pasukan Kelantan yang bakal ditentang,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Dalam pada itu, Hamidin turut berpesan kepada pemain agar tidak memikirkan mengenai rekod kekalahan ketika beraksi di tempat lawan, sebaliknya mereka hendaklah mempamerkan aksi terbaik.

“Kita perlu anggap perlawanan kali ini adalah final. Walaupun rekod beraksi di Kota Bharu tidak menyebelahi kita, pemain dinasihatkan jangan sesekali putus asa.

“Kita perlu ada strategi yang hebat dalam menyerang dan mantap ketika bertahan. Sekarang terserah kepada pemain. Kalau mereka bersemangat untuk menempa kejayaan, maka kita mampu mengapai kejuaraan ini,” katanya yang berharap mendapat bekalan selesa untuk menguatkan keyakinan anak buah Irfan Bakti mengharungi aksi timbal balik di Stadium Shah Alam, Jumaat depan.

Namun begitu, tugas berat menanti pemain Red Giants kerana mereka tidak pernah mencatat kemenangan di Kota Bharu sejak 10 tahun lalu selepas kali terakhir menang pada 10 Ogos 2002 dengan keputusan 4-1 pada peringkat kumpulan.

Home

3. S Subramaniam
4. Obinna Nwaneri
5. Nik Shahrul Azim
8. Mohd Shakir Shaari
9. Norshahrul Idlan Talaha
10. Norfarhan MuhammadGoal
12. Nurul Azwan RoyaYellow Card
13. Indra Putra Mahayuddin
15. Mohd Daudsu Jamaluddin
19. Khairul Fahmi Che Mat
22. Mohammed Ghaddar
Subs
24. Zairul Fitree IshakSub12
34. Mafry BalangSub10
35. Mohd Afiq AzmiSub22

Away

5. Ramez Dayoub
6. Mohd Nasriq BaharomRed Card
8. Mohd Safiq Rahim
9. Solihin Kanasian
10. Bosko BalabanYellow Card
12. Bunyamin Umar
15. Gunalan Padathan
17. Mohd Amri YahyahYellow Card
21. Norazlan Razali
Subs
3. Razman RoslanSub10