ATM vs Negeri Sembilan

vs
September 28, 2012
Score: 3 - 2

Match Report

ATM vs Negeri Sembilan

ATM vs Negeri Sembilan

Suku Akhir Pertama | ATM vs Negeri Sembilan
Stadium MP Selayang

[1 – 0] D Christie Jayaselan m-56

[2 – 0] Bruno Martelotto m-61

[2 – 1]

[3 – 1] Hairuddin Omar m-80

[3 – 2] Shakir Ali m-89

********************

NEGERI Sembilan bertekad merantai setiap pergerakan jentera serangan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bagi menjamin kemenangan pasukan itu pada aksi suku akhir pertama Piala Malaysia, di Stadium MP Selayang, malam ini.

Biarpun mengakui barisan serangan skuad bimbingan B Sathianathan diketuai Marlon Alex James itu, mampu memberikan ancaman kepada Negeri Sembilan, ketua jurulatih skuad itu, Mohd Azraai Khor Abdullah mahu anak buahnya mengawal perlawanan dengan baik bagi menyekat pemain lawan menembusi benteng pasukan.

Katanya, pihaknya sudah menyediakan ramuan terbaik bagi meraih mata berharga di gelanggang lawan sekali gus memudahkan tugas ketika aksi timbal balik di gelanggang sendiri pada 2 atau 5 Oktober ini.

Beliau berharap bahagian pertahanan pasukan diketuai Mohd Shukor Adan dapat menyekat jentera serangan ATM.

“Kita sudah bersedia untuk menurunkan barisan terbaik kerana semua pemain cergas dan bersemangat tinggi. Mereka mempunyai tugas besar dan tidak akan memberi laluan mudah kepada lawan.

“Apapun, mereka sudah diingatkan supaya lebih berhati-hati dengan strategi lawan dan yang penting tidak melakukan kesilapan yang boleh menjejaskan pasukan,” katanya semalam.

Menurut Azraai, walaupun pelbagai persepsi dibuat terhadap kekuatan Tentera, tetapi dia yakin dengan keupayaan skuad bimbingannya.

Tambahnya, tiada perubahan besar dalam kesebelasan utama yang bakal diturunkan kerana pemain sedia ada sudah membuktikan kemampuan menggalas cabaran, namun gandingan Jean-Emmanuel Effa Owona dan Khairul Izuan Abdullah, menjadi taruhan untuk merobek gawang ATM.

“Saya percaya, mana-mana pasukan yang cepat menyerap tekanan, pasti ada kelebihan untuk menang,” katanya.

Home

10. Bruno MartelottoGoal
19. D Christie JayaselanGoal
20. Hairuddin OmarGoal
Subs

Away

Subs