ATM vs Kelantan

vs
August 28, 2012
Score: 1 - 1

Match Report

ATM vs Kelantan 1-1 Piala Malaysia 2012
ATM 1-1 Kelantan Piala Malaysia 2012

Gol Obinna selamatkan maruah Red Warriors

PERTEMUAN Juara Liga Super dan Juara Liga Perdana 2012 menyaksikan kedua-dua pasukan, ATM dan Kelantan terikat dengan keputusan seri 1-1 di Stadium Majlis Perbandaran Selayang malam ini.

Keputusan tersebut membolehkan ATM mengutip tujuh mata untuk terus kekal selaku pendahulu Kumpulan B, sementara Kelantan berjaya memintas Terengganu untuk menduduki tangga kedua setelah skuad Peteh tewas 1-2 di tangan Kedah di Alor Setar.

Kelantan memungut empat mata selepas melalui tiga perlawanan peringkat kumpulan, satu mata mengatasi Terengganu dan Kedah.

Tuan rumah yang menurunkan kesebelasan utama termasuknya penyerang prolifiknya, Marlon Alex James terlebih dahulu berada dihadapan pada minit ke-56 hasil lorongan cantik oleh Zakuan Adha kepada Marlon yang melepaskan tendangan kaki kanan menewaskan penjaga gol Kelantan, Khairul Fahmi Che Mat.

Tersentak dengan jaringan berkenaan, pelawat meneruskan serangan dengan memasukkan Norfarhan Mohammad dan mengeluarkan Nurul Azwa Roya bagi mengempur benteng pertahanan yang dikawal rapi oleh Aidil Zafuan.

Ternyata percaturan bijak Kelantan akhirnya berjaya apabila Obina Nwaneri menyudahkan kegagalan penjaga gawang ATM mengeluarkan bola yang dirembat kencang dari luar kotak penalti oleh Shakir Shaari pada minit ke-87.

Dengan keputusan seri, persaingan bagi Kumpulan B masih terbuka buat keempat-empat pasukan.

Carta Piala Malaysia 2012 – KUMPULAN B

Carta Kumpulan B | Piala Malaysia 2012

PosPMSKJB+/-Mt
1 Kelantan FA Kelantan6321138511
2 ATM FA ATM6321128411
3 Pahang FA Pahang00000000
4 Selangor FA Selangor00000000

Keputusan: ATM 1-1 Kelantan

Home

7. Aidil Zafuan Radzak
8. Zaquan Adha Radzak
9. Marlon Alex JamesGoalYellow Card
10. Bruno Martelotto
14. Mohd Azmi Muslim
18. Mohd Fitri Omar
19. D Christie Jayaselan
20. Hairuddin Omar
21. Irwan Fadzli Idrus
22. Mohd Farizal Harun
23. Rezal Zambery Yahya
Subs
17. Venice Elphi DannykayaSub19

Away

3. S Subramaniam
4. Obinna NwaneriGoal
8. Mohd Shakir Shaari
9. Norshahrul Idlan TalahaYellow Card
12. Nurul Azwan Roya
13. Indra Putra Mahayuddin
15. Mohd Daudsu JamaluddinYellow Card
16. Mohd Badri Mohd Radzi
19. Khairul Fahmi Che Mat
24. Zairul Fitree Ishak
35. Mohd Afiq Azmi
Subs
10. Norfarhan MuhammadSub12
22. Mohammed GhaddarSub35
25. Mohd Azlan IsmailSub9